Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Muay Thai wakil negeri Perak, Mohd Rifdean Masdor berjaya menumbangkan atlet tuan rumah Pichai Lookbanmai menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) pada pusingan pertama. Foto tangkap layar ONE Championship

Muay Thai: Anak Sarawak, Rifdean Masdor ungguli debut One Championship

ByLuqman Muhammad

THAILAND, 23 Mac: Atlet Muay Thai Malaysia, Mohd Rifdean MasdorĀ menepati ramalan apabila berjaya menumbangkan atlet tuan rumah Pichai Lookbanmai menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) pada pusingan pertama ONE Championship, semalam.

Juara Dunia empat kali kelahiran Sarawak itu mewakili pasukan Sor Sommai Headhunter Academy Ipoh hanya perlu mengambil masa 1 minit 18 saat untuk memastikan kemenangan buat Malaysia dalam kategori ‘Catchweight’ (112ibs) atau 50.8 KG.

Kemenangan itu juga sekali gus membolehkan jaguh Muay Thai wakil Perak itu membawa pulang bonus berjumlah 350,000 Bath atau berjumlah RM45,854.

Untuk rekod Rifdean sebelum ini pernah menjuarai IFMA Muaythai Dunia Senior U23 2023 Thailand -51kg, juara IFMA Muaythai Dunia Senior U23 2022 Abu Dhabi -48kg, juara IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2021 Thailand -48kg, juara IFMA Muaythai Remaja Dunia 2019 Turkiye -45kg, Emas Sukan Sea Filipina 2019 -45kg, Emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2018/2022.

Selain Rifdean, terdapat beberapa lagi atlet Sarawak yang beraksi cemerlang dalam pentas One Championship antaranya Kabilan Jelevan dari pasukan Rentap Muaythai Gym termasuk atlet sensasi Johan Ghazali yang mewakili Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan