Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan perkhidmatan kecemasan berada di luar dewan konsert Dewan Bandaraya Crocus yang terbakar berikutan insiden tembakan di Krasnogorsk, Moscow, pada 22 Mac 2024. Foto AFP

Kematian akibat tembakan di dewan konsert di Moscow melepasi 60

ByBernama

MOSCOW, 23 Mac: Angka kematian dalam kejadian tembakan di dewan konsert di wilayah Moscow pada lewat Jumaat telah melepasi 60 orang, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia.

Pegawai Rusia semalam menyiarkan senarai nama 147 individu yang mengalami kecederaan dalam serangan itu.

Lapan daripada yang cedera adalah kanak-kanak, sembilan orang dalam keadaan kritikal dengan doktor berusaha menyelamatkan mangsa dan 47 berada dalam keadaan agak serius, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Moscow.

Sesetengah mangsa yang tidak sedarkan diri yang dimasukkan ke hospital tidak mempunyai pengenalan diri dan kementerian membuat pengelasan mereka mengikut jantina atau hanya sebagai orang yang tidak dikenali.

Dalam kenyataan berasingan, ia memetik kementerian sebagai berkata pihak bomba berjaya mengawal kebakaran di tempat kejadian tembakan daripada merebak.

Sekumpulan lima lelaki melepaskan tembakan lewat Jumaat di dewan konsert Crocus City di pusat pentadbiran Moscow, di bandar Krasnogorsk.

Selepas lelaki bersenjata itu berjaya melarikan diri, penguat kuasa undang-undang Rusia sedang berusaha mengesan mereka.

Jawatankuasa Siasatan Rusia mengklasifikasikan insiden itu sebagai serangan pengganas dan membuka kes siasatan jenayah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan