Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dekat Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong, di sini semalam. Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium

ByBernama

SERDANG, 23 Mac: Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

“Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan