Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman ketika menyampaikan sumbangan semasa Majlis Pelancaran Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesja (KJM) N7 Samariang di Surau Darul Falah Samariang Baru Fasa Tiga di Kuching pada Sabtu. Foto, TVS

Agihan bubur lambuk erat silaturahim, pupuk tradisi bersedekah

KUCHING, 23 Mac: Program agihan bubur lambuk mengeratkan silaturrahim antara masyarakat setempat.

Selain itu, menurut Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman, program itu melahirkan tradisi bersedekah dalam kalangan masyarakat.

“Ini adalah merupakan satu kegiatan amal di mana kita dapat juga bersama-sama dengan warga kota senantiasa merapatkan hubungan silaturrahim di antara kita.

“Melalui program ini juga masyarakat dapat menjalankan kegiatan bersedekah kita yang dianjurkan pada bulan-bulan Ramadan al mubarak ini kerana amalan kita di anjurkan untuk banyak-banyak bersedekah.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesja (KJM) N7 Samariang di Surau Darul Falah Samariang Baru Fasa Tiga di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya semoga segala amalan baik dan sedekah yang dilakukan oleh masyarakat dalam 12 hari umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan 2024 akan mendapat barakah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan