Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menentang pendaftaran PADU ketika bercakap dalam sidang media hari ini Foto, TVS

PADU harus distruktur semula, diragui data peribadi orang ramai digodam – Abdul Karim

KUCHING, 22 Mac: Pusat Pangkalan Data (PADU) harus distruktur semula berikutan ia dibimbangi berupaya mengakibat data peribadi orang ramai digodam.

Saranan itu dinyatakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung dengan PADU.

Abdul Karim berkata, peranan dan hala tuju PADU itu kurang jelas dan bimbang data peribadi disalahgunakan.

“Secara pribadi, saya melihat Pusat Pangkalan Data (PADU) ini macam E-Kasih. Kenapa nak ubah-ubah. Setiap 2-3 tahun tukar. Sudah tentu ia mendatangkan banyak implikasi negatif.

“Saya tidak pasti sekiranya anda semua pengamal media sudah mengisi PADU.

“Jujurnya saat anda mengisi borang tersebut anda seperti membogelkan diri anda sendiri kerana mendedahkan data peribadi termasuk nombor akaun, ASB akaun dan alamat rumah anda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival 2024 di Hotel Sheraton pada Jumaat.

Beliau turut mendedahkan bahawa Kerajaan Sarawak telah meminta agar sistem PADU ini diubah suai seperti yang dibincangkan pada mesyurarat Kabinet negeri.

“Timbalan Menteri Undang-undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, telah diarah untuk menyampaikan permintaan kerajaan negeri untuk melakukan pengubahsuaian dalam borang berkenaan sesuai dengan keperluan rakyat di negeri ini.

“Kalau betul nak tolong rakyat, biar golongan yang memerlukan isi borang tersebut. jangan arahkan rakyat untuk mendedahkan data peribadi mereka.

“Kita tak nak data peribadi rakyat dieksploitasi oleh pihak lain untuk tujuan politik,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah memo rasmi yang didakwa dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Sri Aman telah beredar di media sosial.

Dalam memo tersebut, beliau meminta agar pendaftaran PADU dihentikan dengan serta-merta di bahagian tersebut sehingga diberi notis lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan