Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga dari kiri) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.Foto, TVS.

Kerajaan Sarawak mampu pacu kemajuan Pelabuhan Bintulu, lonjak eksport tenaga boleh baharu – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

PUTRAJAYA, 22 Mac: Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak yang dijangka selesai sepenuhnya tahun depan diyakini akan memacu potensi Sarawak sebagai pengeskport utama tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk melaksanakan pembangunan baharu di pelabuhan itu bagi menyokong perkembangan ekonomi hijau yang sedang diterokai di sana.

https://youtu.be/i1NMMXHqCOo
Sarawak mampu pacu kemajuan Pelabuhan Bintulu | TVS

“Hidrogen umpamanya memerlukan terminal khas (untuk eskport) dan ini sudah tentu jadi (keperluan) pembangunan yang harus kita laksanakan di Bintulu.

“Bagi sudut kargo pula, memang (eksportnya dijangka) akan bertambah dan saya yakin di bawah pengurusan Kerajaan Sarawak, kita dapat selaras semua sumber eksport kita ke pelabuhan – pelabuhan yang strategik,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam sidang media selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menandatangani perjanjian itu bagi pihak Kerajaan Persekutuan manakala Sarawak diwakili oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Emas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan berasal dari Sarawak.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perancangan memajukan Pelabuhan Bintulu selaras dengan dasar dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Abang Johari menambah turut beliau yakin Pelabuhan Bintulu akan memainkan peranan penting dalam melonjakkan ekonomi wilayah itu berdasarkan kelebihan yang ada.

“Kalau kita kaji aliran trafik (laluan perdagangan laut membabitkan) Timur dan Barat, (potensi Pelabuhan Bintulu) bukan sahaja untuk Sarawak malah Malaysia kerana saya yakin pembangunan masa depan bergantung kepada tenaga hijau,” tambahnya.

“Sarawak fokus kepada tenaga hijau dan ini akan membawa pelabur datang untuk (mendapatkan) produk hijau yang kita hasilkan dan (perkembangan ini ) selaras dengan pembangunan ekonomi di seluruh dunia,” tambahanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan