Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian dadah jenis Methamphetamine diletakkan di dalam kotak bersama makanan ringan yang dirampas kastam di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini. Foto Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Gagal mengelirukan kastam, dadah 26 kilogram dirampas di Lapangan Terbang Sibu

BySaibi Gi

KUCHING, 22 Mac: Cubaan mengaburi mata pihak berkuasa dengan meletakkan dadah di dalam kotak bersama makanan ringan gagal apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Sibu merampas Methamphetamine di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata dadah seberat 26.52 kilogram dianggarkan bernilai RM875,160 dibawa dari Semenanjung ke Sarawak secara transit yang dipercayai untuk diedarkan bagi kegunaan kira-kira 132,600 orang penagih.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata rampasan itu dilakukan menerusi dua kes.

Pada 13 Mac, sepasukan pegawai kastam menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an yang tiba di Lapangan Terbang Sibu.

“Lelaki berkenaan ditahan oleh kastam sebaik sahaja imej imbasan ke atas kotak yang dibawa menunjukkan tanda positif bahan narkotik.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kotak tersebut, membawa kepada penemuan 13 bungkusan yang mengandungi serbuk kristal yang disyaki Methamphetamine dengan berat kasar 13.26 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan bernilai RM437,580,” katanya.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki sebagai keldai dadah yang bertanggungjawab membawa masuk dadah berkenaan ke Sarawak.

Mahkamah Majistret Sibu telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula 14 Mac 2024 bagi tujuan siasatan.

Dalam kes berasingan pada 14 Mac, JKDM Sibu menyita satu kotak yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Sibu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rapi menemui 13 bungkusan disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 13.26 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan bernilai RM437,580.

“Cawangan Penguatkuasaan Sibu sedang berusaha untuk mengesan individu yang meninggalkan kotak berkenaan di Lapangan Terbang Sibu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Akta itu memperuntukkan seseorang yang ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan