Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan salah sebuag kediaman yang terlibat kebakaran di Kampung Haji Baki awal pagi tadi. Foto Bomba Sarawak.

Dugaan Ramadan, 8 rumah dijilat api di Kampung Haji Baki

ByDayu Adruce

KUCHING, 22 Mac: Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma, hampir 40 penghuni termasuk empat kanak-kanak dan seorang bayi diuji apabila lapan kediaman mereka dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Haji Baki di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan pada 5.22 pagi, sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

Operasi itu turut dibantu BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan.

“Empat buah rumah yang terlibat telah terbakar 100 peratus, manakala empat buah rumah lagi terbakar 30 peratus,” ujarnya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.38 pagi.

“Kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca nyalaan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.22 pagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan