Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung bercakap kepada TVS di Bangunan Parlimen, baru - baru ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Sarawak perlu diberi kebebasan bangunkan wilayahnya ikut ciri tersendiri – Ahli Parlimen Petaling Jaya

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sarawak perlu diberi ruang secukupnya untuk membangunkan wilayah itu mengikut ciri-ciri tersendiri.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, dalam soal ini, Kerajaan Persekutuan perlu mengambil kira keperluan rakyat Sarawak dalam usaha merapatkan jurang pembangunan dengan Semenanjung Malaysia.

Parlimen: NETR wajar diperluaskan ke Sarawak, selari aspirasi ekonomi hijau cetusan Abang Johari

“(Pada pendapat saya), tiada model pembangunan yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia boleh diguna pakai di Sarawak secara total, kita juga tidak boleh tiru model di Sabah untuk dilakukan di Sarawak dan sebaliknya,” katanya kepada TVS di Parlimen baru – baru ini.

Chean Chung berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jurang pembangunan yang masih ketara membabitkan Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia.

Sepanjang Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 berlangsung, perkara berkenaan kerap dibangkitkan oleh Ahli – Ahli Parlimen dari kedua wilayah berkenaan.

Sementara itu, Chean Chung juga bersetuju bahawa semua pihak perlu menghormati landasan pembangunan yang diinginkan oleh rakyat Sarawak.

“Berikan sokongan sepenuhnya untuk merealisasikan cita-cita kita bersama bagi mewujudkan sebuah negara maju, progresif, makmur dan lestari,” ujarnya lagi.

Kata beliau, pendekatan Madani untuk membangunkan kawasan mundur terutamanya luar bandar Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia perlu disokong agar pembangunan lebih seimbang dapar dilaksanakan dan seterusnya mengurangkan jumlah golongan miskin.

“Seterusnya kita boleh mewujudkan gelombang pembangunan yang akan membantu Malaysia melonjak ke tahap negara maju,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan