Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Parlimen: Tidak belanja melebihi geran sekiranya Malaysia anjur Sukan Komanwel

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya negara tidak melakukan perbelanjaan melebihi geran yang disalurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sekiranya bersetuju untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata cadangan berkenaan dibuat dengan mengambil kira wang pembayar cukai yang sekiranya terpaksa digunakan, pilihan terbaik ialah untuk tidak menganjurkan temasya berkenaan.

“Baiklah setakat ini, pendirian Kerajaan Persekutuan belum diketahui tetapi saya boleh nyatakan pandangan KBS.

“KBS sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan nombor satu, tidak akan membazirkan wang pembayar cukai walaupun bersedia untuk menganjurkannya.

“Kita akan memastikan pendekatan konservatif diambil setiap kali melibatkan duit rakyat,” katanya.

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (Perikatan Nasional – Alor Setar) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah pendirian kerajaan berkenaan tawaran CGF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 ekoran Victoria, Australia menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion) dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara semasa dan kebajikan rakyat.

Tambah Hannah, KBS bersedia melantik badan pengawal untuk membuat audit kepada akaun penganjuran jika kerajaan bersetuju untuk menganjurkannya.

Jelas beliau ini juga termasuklah mengambil kira pandangan semua termasuk Majlis Olimpik Malaysia, bekas atlet dan semua pemegang taruh.

Pada masa sama katanya, KBS tidak mahu mendahului perbincangan berkaitan perkara itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan