Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima 5,210 permohonan rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di Sarawak pada tahun lepas.

Parlimen: Sarawak rekod 5,210 permohonan rakyat tanpa pengenalan diri pada 2023

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima 5,210 permohonan rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di Sarawak pada tahun lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permohonan itu diterima oleh pasukan petugas khas yang dikendalikan bersama Kerajaan Sarawak.

Jelas beliau, jumlah permohonan berkenaan dikumpul sehingga Disember 2023 menerusi program yang dijalankan di 12 kawasan pedalaman di Sarawak.

“Pasukan ini dianggotai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Premier Sarawak dan dipengerusikan oleh saya dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (Gabungan Parti Sarawak – Batang Lupar) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha dan pencapaian terkini KDN bagi menyelesaikan isu penduduk termasuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan status kewarganegaraan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Tambah Saifuddin, Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) peringkat Sarawak juga telah berjaya menyelesaikan 946 permohonan berkaitan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

“JKKSK selesaikan isu membabitkan anak angkat, anak tidak sah taraf, anak di bawah jagaan atau anak terdampar,” jelasmnya.

Permohonan menerusi jawatankuasa tersebut katanya dikumpul serta tapisan awal dilakukan oleh Kerajaan Sarawak menerusi Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Ia kemudiannya diteliti oleh KDN dan Kerajaan Sarawak (mengikut) perkara 15 (A) sebelum keputusan dibuat.

“(Selain itu) Program Menyemai Kasih Rakyat bertujuan membantu penduduk mendapatkan kad pengenalan diri, sijil kelahiran, keluarkan sijil kematian dan lain-lain perkhidmatan di bawah JPN turut dilaksanakan dan pada tahun lepas kita berjaya melaksanakan sehingga 6,466 permohonan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan