KUCHING, 21 Mac: New City Restaurant & Ballroom di Hotel Theatre menawarkan ruang yang luas dan kondusif sebagai tempat penganjuran pelbagai acara.
Pengurus Besar New City, Marina Sim berkata, pihaknya menyediakan ruang fleksibel untuk menganjurkan acara seperti konvensyen, seminar, mesyuarat dan sebagainya.

“Kami mula beroperasi sejak 19 Februari lalu dengan menawarkan ruang yang fleksibel untuk memenuhi pelbagai jenis acara dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
“Ballroom New City boleh memuatkan 800 hingga 1,000 orang dalam satu masa, menjadikan kami pilihan tempat untuk acara,” katanya pada majlis Malam Bersama New City di Hotel Theatre, hari ini.
Tambahnya, Ballroom New City dilengkapi peralatan audio visual berkualiti standard bagi memastikan persembahan lancar untuk semua acara, sekali gus menjadi pilihan tepat untuk pertunjukan dan konsert.
New City Restaurant & Ballroom terletak di Tingkat 2, Hotel Theatre yang dahulunya merupakan sebuah pawagam yang beroperasi pada tahun 1965 hingga 1977 sebelum ditukar menjadi Hotel Liwah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor 011-39228228 atau menghantar emel ke newcityrestaurantballroom@gmail.com. – TVS