Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senator Dato Ahmad Ibrahim. Foto, Alex Teo (TVS).

Dewan Negara: ASEAN perlu bersatu hati henti pencerobohan kapal China

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Negara anggota ASEAN perlu meningkatkan kerjasama bagi menoktahkan pencerobohan Kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Zon Ekonomi Esklusif (ZEE) mereka.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata, negara ASEAN juga tidak seharusnya berasa gentar untuk mempertahankan hak masing – masing walaupun China mempunyai kepentingan perdagangan di Asia Tenggara.

Jelas beliau, tindakan berkenaan perlu dilakukan demi keselamatan rakyat dan rantau ini.

Parlimen: Usir kapal pengawal asing dari Beting Patinggi Ali

“Kita (ASEAN) perlu bergerak bersama-sama, hantar notis kepada China dan dengan (tegas katakan) jangan ceroboh wilayah kami.

“CCG ingat keseluruhan Laut China Selatan milik mereka, perkara itu tidak benar,” katanya kepada TVS di Bangunan Parlimen hari ini.

Semalam di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang melaksanakan Operasi Satria selama 24 jam di Beting Patinggi Ali.

Operasi tujuh hari seminggu itu melibatkan aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi menjamin kedaulatan negara daripada pencerobohan pihak asing.

Sementara itu, Ahmad berkata, Malaysia mempunyai sempadan wilayah yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan perkara itu perlu dihormati.

“Kita mungkin rakan dagangan, tetapi anda (China) perlu hormat kami supaya kami hormat anda kembali,” katanya.

Sementara itu, Ahmad mendedahkan, sejak dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, beliau telah menerima maklumat yang kawasan Beting Patinggi Ali telah dicerobohi sebanyak empat kali.

Beliau seterusnya menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak pangkalan TLDM di Miri, Bintulu dan Sibu.

“Sekiranya hendak membuka pangkalan TLDM, Miri dan Bintulu perlu diutamakan dahulu. Ini kerana di sana terletaknya operasi minyak dan gas kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan