Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semua jawatankuasa pengurusan bencana bahagian dan daerah di Sarawak perlu berwaspada sepenuhnya ketika ini selaras dengan keadaan cuaca panas dan kering. Foto hiasan Envato.

Cuaca panas: Semua jawatankuasa pengurusan bencana bahagian, daerah di Sarawak diarah waspada

KUCHING, 21 Mac: Semua jawatankuasa pengurusan bencana bahagian dan daerah di Sarawak perlu berwaspada sepenuhnya ketika ini selaras dengan keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keadaan cuaca semasa telah menyebabkan beberapa kawasan sudahpun berhadapan dengan masalah berkaitan bekalan air.

Cuaca panas: Semua agensi berkaitan diarah waspada | TVS

“Sehubungan itu semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian perlu mengambil perhatian sepenuhnya dan menangani situasi ini dengan serius.

“Mereka diarah menilai tahap keterukan masalah di bahagian masing-masing dan menghulurkan bantuan segera seperti menyediakan bekalan air kepada penempatan terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Uggah berkata selain itu orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

“Jangan teragak-agak untuk datang ke klinik terdekat bagi mendapatkan rawatan segera sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah kesihatan akibat keadaan itu,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan