Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung bercakap kepada TVS di Parlimen. Foto, Alex Teo (TVS).

Putrajaya wajar sokong Sarawak jadi pengeksport tenaga boleh diperbaharui – Ahli Parlimen Petaling Jaya

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan Persekutuan wajar memberikan sokongan kepada Sarawak sekiranya wilayah itu berhasrat untuk menjadi hab tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, dorongan juga diperlukan untuk memastikan Sarawak menjadi pengeksport utama dalam sektor berkenaan.

“Setiap negeri dan wilayah memiliki kelebihan berbeza (dalam sektor tenaga boleh baharu) namun Sarawak dilihat memiliki lebih banyak potensi untuk terus berkembang.

“(Ini kerana) tenaga hidro begitu banyak di Sarawak dan ini diyakini akan melengkapkan keperluan negara menjayakan inisiatif dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya kepada TVS di Parlimen.

Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas melancarkan NETR Fasa Pertama dengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin meluas yang akan membuka peluang pelaburan antara RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.

Parlimen: NETR wajar diperluaskan ke Sarawak, selari aspirasi ekonomi hijau cetusan Abang Johari

NETR akan membantu mengubah ekonomi negara dengan membuka usaha sama menguntungkan yang juga baik untuk alam sekitar dan ekonomi.

Dalam pada itu, Chean Chung mengakui Sarawak merupakan wilayah yang penting bagi menjayakan NETR.

Ini kerana katanya wilayah terbesar di Borneo itu dilihat bervisi serta lebih bersiap siaga untuk berhadapan dengan zaman peralihan yang kritikal.

Parlimen: NETR wajar diperluaskan ke Sarawak, selari aspirasi ekonomi hijau cetusan Abang Johari

“Sarawak mempunyai tenaga boleh diperbaharui yang paling banyak berbanding dengan wilayah atau negeri yang lain.

“Oleh itu, saya yakin NETR boleh dilaksanakan di setiap negeri dengan rancak dan baik mengikut rentak masing-masing (namun) Sarawak dan Johor lebih ke depan dalam pelaksanaan pelan itu,” tambahnya. -TVS

Parlimen: NETR wajar diperluaskan ke Sarawak, selari aspirasi ekonomi hijau cetusan Abang Johari

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan