KUCHING, 20 Mac: Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli berkata Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sedia menawarkan bantuan bagi menangani sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.
Menurut Fenny, Tun Dr Wan Junaidi menawarkan bantuan itu berdasarkan pengalamannya sebelum ini, malah beliau pada masa sama menzahirkan kebimbangan apabila Sarawak tersenarai sebagai negeri paling ramai menjadi mangsa sindiket itu.
“Beliau (Tun Dr Wan Junaidi) adalah antara individu yang mengetuai delegasi negara untuk menyelamat mangsa-mangsa penipuan pekeriaan di Kemboja sebelum ini.
“Beliau terlibat secara khusus dalam menyelamatkan rakyat Sarawak di luar negara disebabkan penipuan pekerjaan dan beberapa isu konsulat lain. Masalah ini tidak asing lagi kepada beliau,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri, hari ini.
Sebelum ini, Tun Dr Wan Junaidi terlibat dalam inisiatif membawa balik 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerian di Kemboja pada 11 Disember 2018.
Seramai 40 mangsa daripadanya adalah rakyat Sarawak.
Sementara itu, Fenny berkata Tun Dr Wan Junaidi turut menggalakkan pihaknya untuk bekeriasama dengan pelbagai agensi bagi mengatasi isu penipuan pekerjaan ini.
la sebagai antara usaha bagi meningkatkan kesedaran rakyat negeri ini mengenai diplomasi awam khususnya sindiket jenayah itu.
“Saya merancang memulakannya dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Mei ini dan ada juga pihak permintaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Saya juga akan berkongsi pengalaman saya dalam menvelamatkan rakyat Malaysia terutamanya dari Sarawak yang menjadi mangsa penipuan pekeriaan,” katanya. – TVS