Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat NACCOL semalam putuskan kesemua stok padi dan beras dibeli pengilang perlu dijual serta merta. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: 140,000 tan metrik padi, beras dibeli pengilang perlu dijual serta – merta

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan memutuskan supaya 140,000 tan metrik stok padi dan beras yang dibeli pengilang perlu diproses dan dijual di pasaran tempatan dengan serta -merta, kata Datuk Arthur Joseph Kurup.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu, perkara berkenaan telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang berlangsung semalam.

“Antara perkara yang turut dicapai ialah peningkatan pengedaran beras putih tempatan di pasaran.

“Kedua, semua kontrak kerajaan akan menggunakan sepenuhnya beras putih import dan melalui kaedah ini bekalan tambahan beras putih tempatan sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan di pasaran bermula April,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Perikatan Nasional – Besut)  yang ingin tahu mekanisme kerajaan untuk mengelakkan kartel beras berleluasa dengan pembelian harga mencecah RM2,000 per tan matrik berbanding RM1,300 harga lantai yang ditetapkan.

Tambah Arthur, pekara lain yang diputuskan membabitkan penurunan harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) di antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuatkuasa pada hari ini.

“Semua langkah ini berupaya meningkatkan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan