Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan Zakat Perniagaan LCDA bagi tahun 2023 berjumlah RM1,910,187.26 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Foto TVS

LCDA sampai sumbangan kepada 130 asnaf dan anak yatim

ByYusuf Shukri

KUCHING, 20 Mac: Seramai 130 golongan asnaf dan anak yatim dari 13 buah kampung dalam kawasan projek Darul Hana menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi berjumlah RM19,500 daripada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA)

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyampaikan sumbangan berkenaan pada Majlis Iftar Darul Hana hari ini.

Seramai 26 daripada 130 penerima telah hadir pada majlis tersebut manakala yang selebihnya akan disalurkan terus kepada penerima selepas majlis.

Pemangku Pengurus Besar LCDA, Kusyairi Bostani hadir mewakili kumpulan Syarikat LCDA menyampaikan Zakat Perniagaan bagi tahun 2023 berjumlah RM1,910,187.26 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), mewakili TBS adalah Timbalan Pengurus Besar TBS, Bolhassan Iskandar Taibi.

Majlis Iftar Darul Hana diserikan dengan kehadiran 500 orang tetamu, termasuk kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat Kampung Seberang Hilir, ketua-ketua jabatan dan agensi, media dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam Projek Pembangunan Darul Hana.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Pengerusi LCDA, Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Dato Husain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan