Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor ditemui pemberita di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto TVS

Jawatankuasa akan dibentuk bendung banjir di Lingga 

ByDouglas Elliot

KUCHING, 20 Mac: Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi menilai projek tebatan banjir di daerah Lingga untuk mengkaji langkah terbaik menangani isu banjir di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor berkata, jawatankuasa bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak dan DID Bahagian Sri Aman itu bertujuan untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi untuk jangka masa panjang.

“Salah satu perkara yang beliau tekankan adalah pemindahan penduduk ke Kawasan Skim Pembesaran Kampung Baharu.

“Sekiranya projek ini hanya memberi impak sementara, kemungkinan penduduk masih terjejas dengan banjir. Oleh itu, beliau menasihati agar penduduk berdekatan dengan tebingan sungai dipindahkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menurutnya, masalah hakisan tanah yang berlaku di daerah itu dan turut menjejaskan penduduk di kawasan Kampung Hilir Lingga.

Dayang Norazah memberitahu fenomena hujan lebat dan air pasang yang berlaku pada 13 Mac lalu menyebabkan pekan Lingga dinaiki air.

Kejadian itu juga mengakibatkan lebih 20 pintu penduduk di Kampung Hilir Lingga terjejas selain beberapa laluan terputus akibat banjir dan hakisan tanah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan