Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois untuk kembali beraksi tidak kesampaian selepas mengalami kecederaan pada ligamen meniskus lutut kanannya semasa menyertai latihan pada Selasa. Foto fail AFP

Hasrat penjaga gol Real Madrid Courtois kembali beraksi tidak kesampaian

ByBernama

MADRID, 20 Mac: Hasrat penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois untuk kembali beraksi tidak kesampaian selepas mengalami kecederaan pada ligamen meniskus lutut kanannya semasa menyertai latihan pada Selasa.

Pemain antarabangsa Belgium itu baharu sahaja pulih selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat di lutut kirinya pada September dan dijadualkan menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan Real Madrid B pada Rabu.

Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami kecederaan di ligamen meniskus lutut kanannya, yang tidak berkaitan dengan kecederaan dialaminya dahulu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat beraksi sepanjang musim dan sekarang kelab perlu mengambil keputusan mengenai rawatan, kata Xinhua.

“Berikutan ujian hari ini (Selasa), Thibaut Courtois didapati mengalami koyakan pada ligamen meniskus di lutut kanannya. Kecederaan itu berlaku semasa sesi latihan hari ini. Kecederaan ini akan dipantau, menurut laman sesawang Real Madrid.

Jika Courtois memerlukan pembedahan, beliau tidak akan pulih sebelum musim ini berakhir pada penghujung Mei tetapi ada sedikit peluang sekiranya kelab memutuskan untuk mengikuti rawatan konservatif, beliau mungkin boleh pulih dalam masa bawah dua bulan.

Berita baik untuk Real Madrid pengganti Courtois, Andriy Lunin beraksi cemerlang dalam 2024 dan menyebabkan Kepa Arrizabalaga yang dibawa masuk menerusi pinjaman untuk menggantikan pemain Belgium itu hanya memanaskan bangku simpanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan