Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peratusan pelaburan yang diluluskan di Malaysia akan dilaksanakan mencecah 85 peratus, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pelaburan asing diluluskan di Malaysia akan dilaksana dalam tempoh 18 bulan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Projek pelaburan asing yang diluluskan di Malaysia akan dilaksanakan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, pelaburan yang telah diluluskan itu juga berkemungkinan mencapai 85 peratus untuk direalisasikan.

“Dalam sejarah kita, biasanya 85 peratus projek pelaburan yang telah diluluskan akan dilaksanakan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan,” katanya di Sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah pelabur-pelabur asing yang telah memulakan operasi di Malaysia dan bila produk mereka boleh menyumbang kepada eskport negara.

Sementara itu, Chin Tong turut menyangkal persepsi eksport Malaysia pada 2023 yang dikatakan merosot dan menurutnya andaian itu tidak tepat.

“Antara faktor paling utama yang menyebabkan nilai eksport (negara) kurang adalah disebabkan penurunan harga kelapa sawit (CPO) dan harga petroleum,” katanya.

Pada 2023, prestasi perdagangan Malaysia melepasi aras RM2 trilion bagi tahun ketiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM2.637 trilion, namun susut 7.3 peratus berbanding 2022.

“Ini susulan harga komoditi yang lebih rendah dan penurunan dalam kitaran semikonduktor dunia serta kesan asas tinggi yang direkodkan pada tahun lepas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan