Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Negara disaran berbincang dengan kerajaan negeri masing - masing sebelum mencadangkan kepada MOTAC untuk majukan sektor pelancongan di kawasan masing - masing. Foto, Envato.

Dewan Negara: MOTAC perlu kebenaran kerajaan negeri bangunkan sektor pelancongan

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Semua Ahli Dewan Negara disaran berbincang dengan kerajaan negeri masing – masing terlebih dahulu bagi mengenal pasti destinasi pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan.

Perbincangan berkenaan jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing penting bagi mendapat kebenaran kerajaan negeri membabitkan cadangan membaik pulih kemudahan dan fasiliti pelancongan.

Parlimen: Bung Moktar pertahankan King Sing

Jelas beliau, langkah berkenaan juga penting kerana akan memudahkan MOTAC meneliti kesemua cadangan diberikan.

“MOTAC sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri, persatuan pelancong, ahli akademik serta wakil masyarakat tempatan bagi menggalakkan sektor pelancongan domestik di seluruh negara,” katanya pada Sidang Dewan Negara hari ini.

@tvsarawak

Malam Media dan Malam Warisan MOTAC di Bandar Sunway, Petaling Jaya berlangsung meriah apabila Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing turut menyantuni wanita sempena Hari Wanita pada hari ini. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #hariwanita

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Mengulas lanjut, King Sing berkata, perbincangan Ahli Dewan Negara juga boleh dilakukan dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri atau Jawatankuasa Pelancongan Negeri masing-masing.

Parlimen: Bung Moktar pertahankan King Sing

Tambah beliau, sebelum melaksanakan tindakan strategik dan pembangunan produk pelancongan di peringkat negeri, MOTAC mesti mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Parlimen: Bung Moktar pertahankan King Sing

“Bagi merancakkan lindustri pelancongan tempatan juga, semua pihak sama ada hotel, restoran, agensi pelancongan dan sebagainya perlu bekerjasama erat,” jelasnya. -TVS

Parlimen: Bung Moktar pertahankan King Sing

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan