Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Negara: Mengapa tiada ruang untuk produk tempatan di pusat beli – belah terkemuka?

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Produk tempatan wajar diberi peluang untuk dipasarkan di pusat beli – belah terkemuka di seluruh negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata, ini kerana salah satu kegiatan pelancong apabila tiba di negara ini ialah membeli – belah.

“Menurut Laporan Statistik Pelancongan 2022, komponen membeli – belah (dalam kalangan pelancong asing) mencecah 42.1 peratus berbanding (hanya) 16.4 peratus bagi sektor makanan dan minuman.

“(Namun) di Malaysia, pusat beli – belah terkemuka cenderung menjual produk jenama antarabangsa yang sebenarnya boleh didapati di negara asal pelancong asing,” katanya semasa sidang Dewan Negara hari ini.

Dalam soal ini kata Rita Sarimah, Thailand harus menjadi contoh kerana agresif mempromosi produk tempatan secara meluas.

“Mereka menjual pakaian jenama tempatan dan pelancong asing cenderung untuk beli dan bawa balik sebagai buah tangan.Ini harus dilakukan di Malaysia kerana kita menghasilkan kain batik yang menarik serta memiliki reka bentuk moden seperti batik sutera yang dilukis.

“Malangnya, produk tempatan seperti ini tidak dipromosikan secara meluas di pusat beli belah besar di ibu negara seperti Bukit Bintang, Mid Valley City, Sunway Pyramid dan sebagainya,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka di tempat tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan