Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah premis disyaki menjual barangan alat ganti kenderaan berjenama tiruan di George Town semalam. Foto KPDN.

1,263 unit alat ganti, aksesori Hyundai tiruan disita

ByTVS

GEORGE TOWN, 20 Mac: Sebanyak 1,263 unit alat ganti dan aksesori jenama Hyundai dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM20,087.50 disita di seluruh negeri ini, pada Selasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, serbuan itu membabitkan empat buah premis yang disasarkan selepas pihaknya menerima aduan daripada wakil pemilik cap dangang.

“Kita berjaya menemukan barangan yang disyaki tiruan seperti alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor yang didagangkan secara borong dan runcit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 sementara jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, manakala bagi syarikat, boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan