Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis ketika menyampaikan helmet kepada pemenang cabutan bertuah ketika Program Transport Awareness Behavioural Change (T-ABC) di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman tari ini. Foto TVS

Statistik kes kemalangan jalan raya Bahagian Sri Aman meningkat

SRI AMAN, 19 Mac: Statistik kes kemalangan jalan raya di Bahagian Sri Aman meningkat sebanyak 17 peratus pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Bahagian Sri Aman merekodkan 472 kes kemalangan jalan raya pada tahun 2023 berbanding 400 kes direkodkan pada tahun 2022.

“Berdasarkan statistik tahun 2023 Sri Aman mencatatkan peningkatan 57 kes kepada keseluruhan 357 kes dengan peningkatan sebanyak 19 peratus manakala di Daerah Lubok Antu bagi tahun 2022 mencatatkan 100 kes berbanding 115 kes pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 15 peratus,” katanya ketika merasmikan Program Transport-Awareness Behavioural Change (T-ABC) di Hotel Sri Simanggang Sri Aman di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis yang mewakilinya pada majlis itu.

Beliau berkata, peningkatan kes itu dapat dikurangkan sekiranya semua pihak dapat memandu kenderaan mereka dengan lebih berhati-hati serta mengambil kira aspek keselamatan di jalan raya.

Ujarnya, dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengangkutan Awam dan Jawatankuasa Pengurusan Trafik telah diwujudkan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) bagi Bahagian Sri Aman sebagai saluran mengemukakan cadangan kepada kerajaan dalam meningkatkan kemudahan pengangkutan serta pengurusan trafik di daerah tersebut.

“T-ABC penting bagi mengubah sikap pengguna jalan raya yang boleh mengakibatkan kes-kes kemalangan jalan raya, tingkah laku pengguna jalan raya seperti pemanduan berbahaya dan buli jalan raya antara faktor yang mengundang keadaan tidak selamat di jalan raya. Program seumpama itu akan dapat mewujudkan kesedaran kepada semua pihak khususnya kepada pemandu kenderaan pentingnya berkelakukan baik ketika berada di jalan raya.

“Melalui Program T-ABC, kami berhasrat mewujudkan kesedaran dan untuk mengubah cara orang berkelakuan di jalan raya atau mengubah tingkah laku yang tidak diingini yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan di jalan raya.Kami belajar daripada pakar pengangkutan bahawa tingkah laku pemandu yang tidak diingini adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada keadaan tidak selamat di jalan raya,” katanya.

Seramai 250 peserta telah dijemput untuk mengikuti program T-ABC yang terdiri daripada pelajar sekolah dari lima buah sekolah menengah iaitu SMK Simanggang, SMK Lingga, SMK St Luke, SMK Sri Aman dan SMK Melugu.

Program tersebut turut melibatkan penyertaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Daerah Sri Aman, Daerah Pantu dan Daerah Lingga. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan