Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika mengadakan lawatan ke ICQS Mengkalap Trusan. Foto TVS

Sarawak, Brunei bincang lanjut masa operasi sempadan hingga jam 12 malam

LAWAS, 19 Mac: Sarawak akan meneruskan perbincangan dengan negara jiran Brunei untuk melanjutkan operasi masa di pintu masuk sempadan kedua negara sehingga 12 malam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dari segi (waktu operasi) pintu masuk sekarang, tempoh pembukaan di pintu masuk hanya dari jam 6 pagi hingga 10 malam dan menimbulkan kesukaran kepada orang ramai.

“Kita sudah berbincang dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Merapok/Sindumin dan dilanjutkan seperti biasa (12 malam) tapi dengan pihak Brunei, kita sudah bincang perkara ini jadi kita tunggulah keputusan negara Brunei.

“Kadang-kadang kita kesian melihat mereka terkandas dan terpaksa tidur dalam kereta sedih jugalah, jadi kita akan terus berbincang dengan Brunei,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke ICQS Mengkalap Trusan Lawas hari ini.

Jelas Awang Tengah, lanjutan masa operasi di pintu sempadan sehingga jam 12 malam akan memudahkan pengunjung yang berulang alik khususnya menjelang musim perayaan Aidilfitri ini.

Katanya, hanya ICQS Merapok dan Sindumin, negeri Sabah melanjutkan operasi di pintu masuk sempadan sehingga jam 12 malam. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan