Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Saberkas, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sumbangan Saberkas Prihatin semasa Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Negeri Sarawak 2024 di Masjid Bandar Sri Aman hari ini. Foto TVS.

Saberkas landasan tepat lahirkan pemimpin belia – Abdul Karim

SRI AMAN, 19 Mac: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) mampu menjadi landasan yang tepat untuk melahirkan generasi pemimpin yang berjiwa rakyat dalam kalangan belia di seluruh Sarawak.

Presidennya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setiap aktiviti yang dianjurkan pertubuhan itu bertindak sebagai wadah untuk untuk menyemai semangat kemasyarakatan dalam diri belia agar mahu berkhidmat kepada komuniti.

“Untuk menanam semangat sukarelawan kepada belia-belia yang menjadi ahli-ahli Saberkas kita mahu menanam semangat cintai masyarakat semangat mahu berkhidmat untuk masyarakat.

“Inilah yang menjadi tanggungjawab kita dalam Saberkas sebab itulah kita adalah satu landasan yang cukup penting sekali dalam pembangunan negeri Sarawak dalam pembangunan kita memilih mencari siapa yang akan menjadi pemimpin-pemimpin masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Negeri Sarawak 2024 di Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

Katanya, menerusi program agihan bubur lambuk terbabit, belia akan dapat bersama masyarakat untuk saling berkerjasama memastikan segala aktiviti dirancang mencapai objektifnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan