Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Saberkas, Safiee Ahmad ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Negeri Sarawak 2024 di Masjid Bandar Sri Aman hari ini. Foto TVS

Saberkas alukan kerjasama anjur program berbentuk kebajikan

SRI AMAN, 19 Mac: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam melaksanakan apa-apa program berbentuk kebajikan.

Setiausaha Agung Saberkas, Safiee Ahmad berkata, pihaknya terbuka untuk berkolaborasi dalam menganjurkan program bagi membantu dan berkongsi rezeki bersama masyarakat.

Katanya, sehingga kini 61 cawangan Saberkas di seluruh Sarawak sudah mengesahkan akan melaksanakan program jerayawara bubur lambuk ini di cawangan mereka masing-masing.

‘Kita dari pihak Saberkas amat mengalu-alukan pihak-pihak syarikat yang ingin untuk sama-sama membantu dalam melaksanakan program yang kita lihat program pada hari ini  salah satu program yang berbentuk kebajikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Negeri Sarawak 2024 di Masjid Bandar Sri Aman tari ini.

Katanya, walaupun sudah banyak pihak melakukan program yang serupa namun Saberkas ingin terus menjadikan aktiviti jerayawara bubur lambuk ini sinonim dengan persatuan mereka pada setiap bulan puasa.

Malah Saberkas ujar beliau, akan terus melaksanakan program ini pada masa hadapan selain berusaha menambah baik pelaksanaannya termasuk meletakkan pengisian lain seperti memberikan sumbangan Saberkas Prihatin kepada golongan memerlukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan