Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak sedang giat mengkaji teknologi sesuai untuk pengeluaran padi. Foto hiasan Envato

Parlimen: Sarawak bakal main peranan penting selesai isu kekurangan beras tempatan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Pembukaan kawasan tanaman baharu padi berskala besar di Sarawak merupakan antara usaha kerajaan menyelesaikan isu kekurangan bekalan beras di Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, selain itu Sabah, Johor, Perak dan Pahang juga dikenal pasti sebagai kawasan berpotensi untuk melaksanakan tanaman ruji berkenaan.

Pada peringkat ini kata Mohamad, kementerian sedang berusaha untuk membuka kawasan penanaman baharu membabitkan dua wilayah dan tiga negeri berkenaan.

“Saya ingat di Pahang hendak dibuka 10 ribu ekar (iaitu) di Pekan. Ini merupakan antara usaha kita memperbanyakkan beras putih (tempatan),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (Perikatan Nasional – Hulu Terengganu) yang ingin tahu langkah- langkah luar biasa oleh kerajaan untuk memastikan masalah ketiadaan beras putih tempatan dapat diselesaikan.

Sementara itu Mohamad memaklumkan, kementerian akan mengumumkan skim baharu dalam masa terdekat selepas sesi libat urus dengan petani serta persatuan peladang selesai baru – baru ini.

“Penstrukturan semula hal beras dan padi negara merupakan langkah jangka panjang kerajaan yang mengetengahkan libat urus semua pihak penanam padi, pengilang, pengedar dan peruncit.

“Supaya bila kita umumkan nanti, semua pihak terlibat berpuas hati.Masalah beras putih ini akan tetap berlaku selagi kita tidak cukupkan beras di Malaysia,” tegasnya.

Parlimen: NAFAS dicadang jadi pembeli padi, mampu jual harga munasabah

Mohamad berkata, kadar pengeluaran beras putih tempatan hanya mencapai 62 peratus sahaja ketika ini dan jumlah itu sebenarnya tidak mencukupi.

“Beras yang dihasilkan di Malaysia (sebenarnya) badan zakat, kontrak kerajaan, hospital, balai polis guna beras putih tempatan, oleh itu (bekalan yang ada) tinggal lebih 50 peratus, kemudian India pula kurangkan eksport beras mereka, jd sedikit masalah buat sementara, ” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan