Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan Kementerian Digital menerusi agensinya, CyberSecurity Malaysia (CSM) berjaya mengesan cubaan mengodam data kerajaan oleh kumpulan antarabangsa, RooTK1T. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: CyberSecurity Malaysia kesan gangguan penggodam antarabangsa, R00TK1T

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Dewan Rakyat dimaklumkan Kementerian Digital menerusi agensinya, CyberSecurity Malaysia (CSM) berjaya mengesan cubaan menggodam data kerajaan oleh kumpulan antarabangsa, RooTK1T.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbang berkata, aktiviti kumpulan itu sentiasa dipantau oleh CSM.

“Yang terkini, CSM mengesan sebanyak 70 posting yang dihantar oleh mereka dengan hasil analisis mendapati ia melibatkan 38 insiden berkaitan keselamatan siber.

“Oleh kerana perkara ini melibatkan keselamatan negara, CSM telah membuat laporan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Wilson Ugak menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (Perikatan Nasional -Mersing) yang meminta Menteri Digital menyatakan sejauh manakah tindakan kementerian mewujudkan persekitaran siber yang selamat, boleh dipercayai dan berdaya tahan selain mengekang insiden pencerobohan pangkalan data kerajaan dan kebocoran maklumat orang awam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber dalam masa terdekat.

RUU berkenaan jelas Wilson Ugak akan memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber secara menyeluruh oleh NACSA.

“Ia akan dianggotai oleh jawatankuasa kerja cadangan penggubalan undang-undang baharu berkaitan dengan kemudaratan jenayah dalam talian yang akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Menteri Digital dan Menteri Komunikasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan