Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu membangkitkan status kajian skim pencen penjawat awam khususnya melibatkan pesara yang berada di bawah paras kemiskinan. Foto fail, TVS.

Parlimen: Apa nasib pesara kerajaan di bawah paras kemiskinan, soal Dr Richard Rapu

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Kerajaan perlu menjelaskan status kajian skim pencen penjawat awam khususnya melibatkan pesara yang berada di bawah paras kemiskinan, tegas Dr Richard Rapu.

Ahli Parlimen Betong itu berkata, kerajaan juga perlu mengkaji alternatif kepada sistem sedia ada dengan mengambil kira paras tanggungan pesara yang semakin bertambah dan peralihan Malaysia menuju negara menua.

“Data yang ada menunjukkan tanggungan kerajaan bagi faedah pesaraan ketika ini sangat besar iaitu mencecah RM32.01 bilion pada 2023.

“Jika tidak ada intervensi yang signifikan jumlah ini akan meningkat kepada RM120 bilion pada 2040 dan RM173.4 bilion pada 2050,” katanya ketika perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, kerajaan perlu mempunyai pendekatan, langkah dan insiatif terbaik bagi menangani isu peningkatan tanggungan pencen perkhidmatan awam.

Katanya, di Sarawak bermula pada tahun ini, kesemua lantikan baharu perkhidmatan awam adalah di bawah Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) dan tidak berpencen.

“Ianya berstatus tetap dan mereka semua menikmati semua kelebihan penjawat awam termasuk perubatan, pinjaman, perumahan dan sebagainya.

“Penjawat awam sedia ada yang berstatus pencen tidak terjejas di bawah dasar tersebut,” jelasnya.

Tambah Richard, skim JBC ini memiliki banyak kelebihan serta fleksibel kerana penjawat awam boleh memilih untuk bertukar kepada sektor swasta tanpa halangan.

“(Namun) skim berpencen meletakkan seseorang itu pada situasi yang sukar terutamanya apabila mereka mendapat tawaran yang lebih baik daripada korporat atau swasta,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan