Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warganegara Indonesia yang merupakan suspek kes bunuh rakan senegara di sebuah ladang di Pantu berjaya ditangkap tengah hari ini.

Lelaki cuba lakukan samun maut dilanggar

ByBernama

ALOR SETAR, 19 Mac: Seorang lelaki maut ketika cuba menyamun sebuah kereta di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian 6.39 pagi itu, tiga lelaki yang menaiki dua motosikal dipercayai cuba melakukan samun terhadap sebuah kereta apabila seorang daripada mereka memukul cermin kereta di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

“Akibat ketakutan, pemandu kereta telah memecut keretanya.

“Semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal dinaiki seorang suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek samun berusia 29 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya berjaya melarikan diri dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan