Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan kerajaan membelanjakan sebanyak RM94.5 juta untuk membantu menyelesaikan masalah air di 11 buah sekolah pedalaman Sarawak dan 79 buah di Sabah. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: 90 sekolah di pedalaman Sarawak, Sabah terima bekalan air telaga tiub

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah untuk melaksanakan pemasangan bekalan air telaga tiub di 90 buah sekolah pedalaman di dua wilayah berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM94.5 juta untuk membantu menyelesaikan masalah air di 11 buah sekolah pedalaman Sarawak dan 79 buah di Sabah.

“Pelantikan kontraktor telah selesai dilaksanakan secara enam pakej dan pembinaan sedang giat dijalankan.

“Kemajuan fizikal terkini bagi projek ini adalah sebanyak 16.5 peratus,” katanya pada Sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Noorita Sual yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub di sekolah-sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak.

Kata Kah Woh lagi, tempoh kontrak kerja adalah selama dua tahun dan kesemua pakej dijadualkan siap pada suku ketiga 2025.

Jelas beliau, kerja-kerja awalan iaitu kajian geofizik, pemetaan, penyiasatan tanah dan penyediaan reka bentuk telah selesai dilaksanakan.

“Kini projek ini di dalam peringkat kerja-kerja pembinaan struktur,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan