Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal mempengerusikan Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Perkasa peranan Dewan Negara sebagai badan perundangan tertinggi – Mutang

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal menyeru ahli-ahlinya supaya memainkan peranan yang lebih aktif bagi memperkasakan fungsi dewan itu sebagai badan perundangan tertinggi.

Tegas Mutang menerusi penubuhan tiga Jawatankuasa Pilihan Khas dengan terma rujukan yang lebih baik, kedudukan Parlimen Malaysia seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dapat dipenuhi.

“Antara lain peranan yang boleh diterajui oleh Yang Berhormat Senator sekalian adalah menggiatkan penglibatan dalam Diplomasi Parlimen atau parliamentary diplomacy,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas, Majlis Dewan Negara, di sini, hari ini.

Katanya lagi, beliau telah dikunjungi oleh beberapa tetamu kehormat luar negara membincangkan beberapa isu berkaitan cabaran global.

“Interaksi sebegini juga membolehkan Yang Berhormat Senator bekerjasama dalam inisiatif undang-undang dan kerangka dasar yang mengatasi cabaran global seperti perubahan iklim, keganasan, hak asasi manusia dan perdagangan,” ujarnya.

[EKSKLUSIF] Yang di-Pertua Dewan Negara mahu hapus imej ‘rubber stamp’ Dewan Negara, perkasa perbahasan senator

Sementara itu Mutang berkata menerusi perkongsian kepakaran, ahli-ahli Dewan Negara dapat mengembangkan penyelesaian yang lebih berinformasi serta komprehensif melibatkan isu-isu yang kompleks.

“(Ini) seterusnya dapat membantu proses meneliti, menyemak dan menimbang undang-undang di Dewan Negara.

“Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar Yang Berhormat Senator semua lebih proaktif menggunakan rangkaian profesional melalui Parlimen Malaysia sebagai laluan diplomatik dalam mengembangkan hubungan inter Parliament mahu pun hubungan antarabangsa secara menyeluruh,” jelasnya lagi.

Tambah Mutang, beliau juga merancang untuk menjemput ahli-ahli Dewan Negara yang lain untuk menyertai beliau dalam menerima kunjungan hormat daripada luar negara sebagai satu inisiatif untuk menyokong ahli-ahli Dewan Negara mengembangkan lagi rangkaian mengikut bidang profesional masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan