Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM menubuhkan satu pasukan petugas khas intervensi kurikulum bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh guru-guru terutamanya mengenai pelaksanaan kurikulum.Foto fail TVS.

Parlimen: KPM tubuhkan Pasukan Petugas Khas Intervensi Kurikulum

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas intervensi kurikulum bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh guru-guru terutamanya mengenai pelaksanaan kurikulum.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pasukan itu berperanan menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Edisi 3 yang akan digunakan bermula sesi akademik ini.

“Selain itu, peranan pasukan petugas ini ialah menghasilkan pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mesra ibu bapa dan menyediakan latihan guru untuk Dokumen Penjajaran KSSR Semakan 2017 Edisi 3.0 dan pentaksiran bilik darjah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kah Woh menjawab pertayaan Hassan Saad (Perikatan Nasional-Baling) yang meminta KPM menyatakan hasrat bagi membuat penelitian dan kawalan terhadap silibus mata pelajaran yang mengganggu mata pelajaran akademik sehingga mengganggu perancangan guru untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran (PnP).

Jelasnya, KPM telah membangunkan banyak bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuk Modul Bimbingan (MOBIM) subjek sains, matematik dan bahasa bagi membantu guru melaksanakan kurikulum dengan berkesan.

“Bahan-bahan ini dibangunkan sebagai rujukan dan panduan kepada guru ke arah meningkatkan keupayaan murid dalam bidang yang dipelajari,” katanya.

Tambahnya, MOBIM bagi Tahun 1 telah disebarkan pada 2023 manakala MOBIM Tahun 2, Tahun 3 dan Tahap II pula akan disebarkan mulai Mei 2024 secara berperingkat untuk kegunaan semua guru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan