KUCHING, 18 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan sumbangan kepada 15 orang asnaf semasa Program Jelajah dan Ihsan Ramadan di Surau Darul Uyuun, Kampung Nombor 3 di sini, malam tadi.
Upacara penyampaian diadakan selepas beliau bersama jemaah menunaikan solat Isyak dan Tarawih.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada surau berkenaan bagi membiayai aktiviti.
Program ini adalah sebagai amalan bersedekah pada Ramadan bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki, Pemanca Rosli Sahari dan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok Salina Salleh. – TVS