Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, bagi memastikan data peribadi tidak diceroboh, JPDP yang memperkuatkan Akta 709 telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kesedaran pengguna. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: 215 program kesedaran berkaitan keselamatan data peribadi dilaksanakan

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Sebanyak 215 program kesedaran telah dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sejak 2013 sehingga 7 Mac 2024.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, bagi memastikan data peribadi tidak diceroboh, JPDP yang memperkuatkan Akta 709 telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kesedaran pengguna, data dan rakyat mengenai berkenaan bagi menjamin keselamatan dalam transaksi komersial di Malaysia.

“Sebagai langkah interim sebelum pindaan Akta 709 diluluskan, JPDP telah memperkenalkan notifikasi ketirisan data secara pentadbiran.

“Notifikasi ini perlu dikemukakan kepada JPDP oleh pengguna yang menghadapi insiden ketirisan data peribadi termasuk ancaman penggodaman,” katanya pada Sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang meminta kementeriannya menyatakan kadar keberkesanan terkini kerajaan menangani ancaman serangan siber membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi.

Jelas Wilson Ugak, inisiatif ini membolehkan maklumat insiden dianalisa supaya langkah mitigasi dapat diambil pada kadar segera bagi membendung kebocoran dan selanjutnya serta mengawal ketirisan berterusan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan