Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bantuan yang disumbangkan Bank OCBC Bank sebanyak RM39,520 digunakan untuk menaik taraf dewan Sekolah Kebangsaan Binyu Padawan dengan kelengkapan yang lebih selamat dan selesa. Foto Bank OCBC

Bank OCBC sumbang dana naik taraf dewan Sekolah Kebangsaan Binyu Padawan

KUCHING, 18 Mac: Seramai 86 pelajar dan 11 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Binyu Padawan bakal menikmati kemudahan dewan yang lebih kondusif, hasil sumbangan kewangan daripada Bank OCBC berjumlah RM39,520.

Dana itu digunakan untuk menaik taraf dewan sekolah dengan kelengkapan yang lebih selamat dan selesa, dengan jubin lantai dan bumbung logam.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Abdul Shukur Mohd Jusa berkata dewan sekolah itu kini mempunyai ruang mencukupi untuk menempatkan murid-murid semasa aktiviti sekolah dan perhimpunan.

“Kami berterima kasih atas kemurahan hati Bank OCBC dan bantuan Kelab Rotary Kuching juga kerana datang membantu kami. Dengan bantuan Syarikat Pengubahsuaian Wan Hui, kerja-kerja menaik taraf dewan sekolah siap dengan segera.

“Kami pasti ini akan membantu dalam memastikan pembangunan berterusan pelajar kami,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pihak sekolah telah menghubungi Bank OCBC pada tahun lalu untuk memohon bantuan menaik taraf dewan utama sekolah itu.

Sementara itu, Pengurus Kanan OCBC Bank Cawangan Kuching, Jessie Lim memaklumkan sumbangan itu adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat bank itu bagi memenuhi keperluan sosial rakyat dengan meneroka produk dan perkhidmatan perbankannya.

“Persekitaran belajar yang selesa dan serba lengkap adalah penting untuk kejayaan akademik pelajar. Kami berharap peningkatan ini akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif untuk mereka,” katanya.

Tambahnya, Bank OCBC berhasrat untuk terus membantu penduduk tempatan, selain peniaga kecil dan sederhana dan perniagaan untuk membina masa depan yang lebih mampan.

Kakitangan syarikat perbankan itu juga telah mengutip sumbangan berjumlah RM2,000 dalam kalangan mereka bagi menyediakan kelengkapan alat tulis buat pelajar-pelajar sekolah itu dan beg sekolah buat 42 muridnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan