Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gelaran naib juara kategori beregu lelaki dalam saingan All England pada Ahad. Foto BAM

Aaron-Wooi Yik naib juara All England, Fajar Alfian-Muhammad Rian kekalkan kejuaraan

ByBernama

KUALA LUMPUR, Mac 18: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang melakar kejuaraan sulung di kejohanan badminton All England apabila tewas kepada juara bertahan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam final di Birmingham pada Ahad.

Dalam aksi di Utilita Arena Birmingham, seperti ada tidak kena dengan juara dunia 2022 apabila ketinggalan 1-6, sebelum gandingan Indonesia yang diletakkan selaku pilihan ketujuh memenangi set pertama dengan 21-16.

Set kedua berlangsung sengit apabila kedua-dua beregu saling mengejar mata sehingga terikat 10-10, namun kesilapan demi kesilapan mudah dilakukan Aaron-Wooi Yik membolehkan pasangan Indonesia itu menjarakkan kedudukan 18-16 sebelum melengkapkan kemenangan 21-16 sekali gus mempertahankan kejuaraan All England 2024.

Kekalahan hari ini bermakna gelaran All England kekal sukar dicapai oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu selepas mereka tewas kepada bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21, 12-21 pada edisi 2019.

Kali terakhir beregu lelaki negara meraih gelaran All England adalah pada edisi 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18.

Fajar-Muhammad Rian membawa pulang hadiah wang tunai US$96,200 (RM452,572) manakala Aaron-Wooi Yik pulang dengan US$45,500 (RM214,055) selaku naib juara.

Sementara itu dalam satu lagi kejohanan membabitkan skuad negara, gandingan meningkat naik Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menceriakan kem badminton Malaysia apabila muncul juara Masters Orleans 2024 di Perancis.

Beregu negara meraih kejuaraan selepas menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia 21-15, 18-21, 21-14 dalam final kejohanan Super 300 itu di Palais de sports.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan