Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu. Foto. AFP

Tentera laut India selamatkan 17 kru kapal kargo, tahan 35 lanun

ByBernama

NEW DELHI, 17 Mac: Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu.

Kapal pembinasa INS Kolkata memintas kapal kargo itu di perairan antarabangsa 2,600 kilometer dari pantai India pada Jumaat.

INS Kolkata dibantu pesawat peronda tentera laut P81, sebuah pesawat kawalan jauh yang boleh terbang dalam jarak jauh pada altitud tinggi dan kapal peronda INS Subhadra semasa operasi itu.

Anggota komando marin turut diturunkan dari udara menggunakan pesawat pengangkut C-17.

Tentera laut berkata menerusi usaha bersama, ia “mengasak” dan “memaksa” kesemua lanun menyerah diri dan membawa keluar kru yang tidak diapa-apakan.

Kapal dagang yang berdaftar di Malta itu dirampas lanun pada 14 Dis lepas berhampiran Pulau Socotra, Yaman.

Tentera Laut India mengambil pendirian tegas bagi menyokong sektor perkapalan di tengah-tengah ketengangan serantau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan