Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Khaw Kok Chin pada sidang media mengumumkan kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah melalui serbuan yang dijalankan di sekitar Kuala Kangsar. Foto PDRM (FB)

Polis tahan dua lelaki, rampas 51.5kg syabu bernilai RM2.57 juta

ByBernama

KUALA KANGSAR, 17 Mac: Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan penahanan dua lelaki serta merampas 51.501 kilogram (kg) dadah berkenaan bernilai RM2.57 juta di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata kedua-duanya ditahan 4.10 petang semalam di dalam sebuah kereta jenis Mercedes-Benz berhampiran sebuah bangunan di sini.

Beliau berkata suspek pertama berusia 33 tahun bekerja sebagai operator kilang manakala suspek kedua berusia 31 tahun merupakan jurudawai elektrik.

“Hasil pemeriksaan pada bahagian belakang kereta itu, polis menemukan tiga bagasi di dalam setiap satunya berisi 16 hingga 17 bungkusan warna jingga, disyaki dadah jenis syabu seberat 51.501 kg.

“Polis turut merampas kereta Mercedes-Benz itu yang dianggarkan bernilai RM53,000 manakala keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM2.623 juta,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Khaw berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif kira-kira empat bulan lepas dan dadah itu dipercayai diperoleh dari negeri di Utara tanah air untuk pasaran negeri ini.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan keldai dadah dengan suspek pertama diupah sebanyak RM50,000 manakala suspek kedua dibayar RM500 bagi membawa dadah berkenan.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah manakala saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah,” katanya menambah dadah yang dirampas itu mampu menampung permintaan kira-kira 500,000 penagih.

Kedua-duanya kini direman seminggu hingga 23 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan