Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher. Foto hiasan Envato

Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di bahagian leher

ByBernama

JOHOR BAHRU, 17 Mac: Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.

“Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di sini.

Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus mengelar kanak-kanak tersebut.

Mohd Sohaimi berkata sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah bayi malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira 3.30 petang tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan