Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan yang membabitkan bas dan treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Gurun, awal pagi tadi. Foto JBPM

Pemandu rentung, bas ekspres bawa lima penumpang dijilat api

ByTVS

GURUN, 17 Mac: Seorang pemandu bas ekspres rentung, manakala enam yang lain terselamat apabila kenderaan itu dijilat api sebaik terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.02 pagi sebelum jentera bomba tiba 17 minit kemudian di lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai bomba.

Pemandu rentung, bas ekspres bawa lima penumpang dijilat api | TVS

Katanya, insiden itu didapati membabitkan kemalangan sebuah bas ekspres dan sebuah treler dari arah sama sebelum bas terbakar.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu berusia 42 tahun yang tersepit telah rentung, manakala lima penumpang termasuk seorang pembantu pemandu berusia 19 hingga 57 tahun terselamat.

“Pemandu treler berusia 32 tahun juga selamat dan bomba turut membantu menguruskan mereka yang selamat di lokasi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kata beliau, pemadaman api membabitkan dua aliran pancutan air dengan bantuan BBP Amanjaya dan Pasukan Bomba Sukarela Gurun sebelum operasi terkawal pada pukul 4.37 pagi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan