Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja ladang maut dipercayai digilis traktor semasa sedang memunggah buah sawit di Ladang Aring 5, Gua Musang pada Sabtu. Foto media sosial

Pekerja ladang maut digilis traktor di ladang kelapa sawit

ByBernama

GUA MUSANG, 17 Mac: Seorang pekerja ladang kelapa sawit maut dipercayai digilis sebuah traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Jalan Ladang, Felda Aring 5, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Puruekan Kachi, 36, digilis tayar hadapan traktor itu dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, semalam.

Beliau berkata siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa yang merupakan warga Thailand sedang melakukan kerja memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit di hadapan traktor itu.

“Secara tiba-tiba traktor itu bergerak dengan sendiri dipercayai brek tangan tidak ditarik dengan sempurna dan melanggar mangsa menyebabkannya tercampak ke hadapan akibat faktor jalan yang menuruni bukit, sebelum digilis kenderaan itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sik berkata mangsa yang masih sedar dibawa ke pejabat ladang untuk diselamatkan, namun disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Chiku, di pejabat ladang berkenaan.

Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat berhubung kes ini bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan