Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir besar melanda enam bandar di Jawa Tengah, Indonesia manakala usaha pemindahan penduduk terjejas terus dilakukan pihak berkuasa. Foto BPBD Jawa Tengah

Banjir besar melanda enam bandar di Jawa Tengah, ratusan ribu mangsa dipindah

ByTVS

JAKARTA, 17 Mac: Hujan intensiti tinggi yang terjadi selama tiga hari sejak Khamis lepas menyebabkan enam kota di Jawa Tengah dilanda banjir.

Berdasarkan data terkini Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) wilayah Jawa Tengah, terdapat enam kota yang dilanda banjir iaitu Semarang, Pekalongan, Grobogan, Demak, Pati dan Kudus.

Menurut Ketua BPBD Provinsi Jawa Tengah, Bergas Catursasi, ketika ini kawasan banjir terus bertambah dan pihaknya menumpukan usaha pemindahan penduduk terjejas yang dijangka mencecah ratusan ribu orang untuk dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.

“Banjir yang berlaku kali ini sangat besar berikutan hujan berintensiti tinggi yang berlaku sejak tiga hari lalu, kita dan agensi terbabit masih berusaha untuk memindahkan penduduk terjejas ke lokasi pemindahan kerana ini usaha utama yang kita lakukan dalam menyelamatkan penduduk bagi memastikan semua orang selamat,” katanya.

Ia juga mendedahkan bahawa selain memindahkan mangsa, pihaknya juga telah menjalankan pelbagai usaha pengurusan bencana seperti menyediakan logistik, dapur dan perkhidmatan kesihatan.

Sementara itu, sebagai usaha mengurangkan intensiti hujan, operasi Teknologi Modifikasi Cuaca (TMC) dilancarkan sejak semalam susulan amaran Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia berhubung potensi cuaca ekstrem sehingga 18 Mac esok.

Daripada itu, orang ramai yang berada atau tinggal di kawasan rawan bencana diminta berwaspada, memandangkan potensi hujan berintensiti tinggi masih berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan