Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Haji Abang Mohd Shibli Haji Abang Mohd Nailie merasmikan Majlis Pelancaran Kembara Ramadhan Al Bait (KRAB) di Perkarangan Majma' Mall di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

YKAB Preneur, platform asnaf di Kuching pasarkan jualan sepanjang Ramadan

KUCHING, 16 Mac: Golongan asnaf di Bandaraya ini kini berpeluang menjana pendapatan dengan memasarkan produk jualan berasaskan makanan kering mereka menerusi Projek Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) Preneur.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Haji Abang Mohd Shibli Haji Abang Mohd Nailie berkata inisiatif berkenaan terbuka kepada alumni Akedemi Latihan Insan (ALI) menjana pendapatan yang lebih sepanjang bulan Ramadan tahun ini dan sebagai persediaan mereka untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, ALI merupakan program inisiatif TBS yang menyediakan latihan dan kepimpinan jangka pendek kepada golongan asnaf untuk mempelajari dan menimba ilmu agar mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Dengar cerita daripada maklum balas orang menyatakan biskut yang dihasilkan itu sedap.

“Dua hari sahaja latihan sudah beri impak atau kesan daripada apa yang telah dianjurkan dan alhamdulillah kita bersyukur kita berpeluang mencari duit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kembara Ramadhan Al Bait (KRAB) di Perkarangan Majma’ Mall di Kuching pada Sabtu.

Kembara Ramadhan Al Bait (KRAB) merupakan sebuah program yang menjalankan beberapa aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

Antara projek yang akan dijalankan adalah Projek YKABpreneur, Projek Sajian Ramadhan Al Bait, Projek Infak Baju Raya Al Bait dan lain-lain aktiviti kebajikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan