Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyampaikan cenderamata penghargaan kepada ahli-ahli veteran Parti PBB N.78 Mulu. Foto TVS.

Veteran harus beri ruang kepada generasi muda aktif dalam parti – Nanta

MIRI, 16 Mac: Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Alexander Nanta Linggi mahu generasi muda terlibat aktif dalam menyumbang kepada pembangunan serta kelestarian parti.

Pesanan sedemikian merupakan antara inti pati ucapan beliau pada program Jasamu Dikenang anjuran PBB Cawangan N.78 Mulu di Miri, di sini hari ini.

“PBB cukup dikenali dengan struktur organisasi tersusun, termasuk penyediaan barisan pelapis bagi meneruskan warisan kepimpinan berpaksikan semangat toleransi dan kesepakatan,” katanya.

Menteri Kerja Raya Malaysia itu juga mahu golongan veteran parti memberi ruang kepada generasi baharu untuk mengasah bakat dan berkembang secara holistik dari semua sudut untuk kelestarian masa hadapan parti.

Terdahulu, majlis menyaksikan Alexander menyampaikan sejumlah 56 sijil penghargaan kepada ahli-ahli veteran parti PBB Cawangan N.78 Mulu yang membuka jalan serta menyumbang kepada kejayaan parti sejak lebih 30 tahun dahulu.

Turut hadir Naib Presiden Parti PBB Sarawak merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan