Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Richard Riot Jaem turun padang untuk meninjau sendiri keadaan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu. Foto Dato' Sri Richard Riot Jaem (FB).

Tilam lusuh bukan kegunaan pelajar, ia dalam stor untuk dilupus – Richard Riot

ByLuqman Muhammad

SERIAN, 16 Mac: Gambar tular yang dipercayai bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu dengan tilam lusuh bagi bukan untuk kegunaan pelajar tetapi merupakan stor penyimpanan tilam untuk dilupus, kata Dato Sri Richard Riot Jaem.

Ahli Parlimen Serian itu berkata beliau sendiri yang turun padang untuk menyaksikan sendiri keadaan sekolah itu semalam

“Saya dapati ia tidak seperti apa yang ditularkan iaitu tilam yang telah reput.

“Ini kerana gambar yang ditularkan itu merupakan gambar tempat di mana tilam-tilam lama disimpaan sebelum dilupuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya selepas mengadakan lawatan di sekolah tersebut untuk meninjau sendiri keadaan sebenar yang berlaku di sini, pada Jumaat.

Baru-baru ini, seorang bapa menerusi Facebooknya berkongsi tangkap layar mesej dan gambar yang dihantar kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkaitan keadaan asrama anak lelakinya yang daif.

Foto tersebut menggambarkan fasiliti yang tidak lagi sesuai lagi untuk digunakan pelajar.

Dalam laporan media sebuah portal tempatan, lelaki berusia 37 tahun itu mengaku terkejut apabila melihat keadaan bilik asrama yang dihuni dua anak lelakinya yang berada di tingkatan satu dan tiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan