Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus merasmikan Aisha Confinement Centre di Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Pusat berpantang, sistem sokongan untuk ibu bapa muda – Rosey

ByRegina Lee

KUCHING, 16 Mac: Pusat rawatan berpantang merupakan sistem sokongan kepada insitusi kekeluargaan terutamanya dalam kalangan ibu bapa muda bekerjaya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, kini populariti perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan khidmat bagi memastikan keperluan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan baik.

“Pihak kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak (KPWK) Sarawak mempunyai banyak inisiatif yang telah dilaksanakan untuk menjaga kebajikan masyarakat seperti tubuhkan pusat asuhan kanak-kanak agar ibu bapa boleh bekerja.

“Namun, kerajaan tidak dapat melakukannya sendiri, jadi kita bersyukur pusat berpantang seperti Aisha Confinement Centre ditubuhkan untuk menjadi sistem sokongan kepada institusi keluarga zaman sekarang.

“Aspek yang tidak kurang pentingnya ialah kepentingan tempoh berpantang, si ibu memerlukan penjagaan kesihataan serta masa pemulihan keadaan fizikal dan mental,” katanya selepas merasmikan Aisha Confinement Centre di Kuching, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut memuji usaha pusat berpantang berkenaan dengan inisiatif memiliki sijil halal yang memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

Tambahnya, pusat tersebut boleh menjadi wadah informasi berhubung bantuan kerajaan bagi meringankan beban ibu bapa seperti Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

“Walaupun kerajaan negeri telah berusaha menyalurkan informasi melalui pelbagai program dan platform media sosial, masih ada yang tidak tahu mengenai bantuan EFS dan BIB ini.

“Diharapkan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan terus dapat disebarkan melalui pusat berpantang sebegini,” tambahnya.

Untuk rekod, EFS merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah untuk setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi manakala BIB merupakan bantuan dalam bentuk tunai kepada para ibu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan