Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 19 hingga 37 tahun berada di atas bot yang kesemuanya adalah lelaki warganegara Vietnam ditahan. Foto APMM.

6 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara, hasil laut RM1.7 juta disita

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 16 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang menahan enam nelayan termasuk tekong warganegara Vietnam yang menceroboh perairan negara disyaki cuba melakukan aktiviti perikanan di kedudukan kira-kira 35 batu nautika di timur laut perairan Pulau Tioman, Pahang.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata tangkapan dilakukan menerusi operasi rondaan penerbangan dari pasukan udara pada Khamis.

 

250 kilogram hasil tangkapan laut disita oleh pihak berkuasa. Foto, Maritim

Sejurus itu, pemeriksaan ke atas bot asing itu dilakukan oleh aset kapal Maritim yang terlibat dalam rondaan Op Makmur dan Op Tiris.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 19 hingga 37 tahun berada di atas bot yang kesemuanya adalah lelaki warganegara Vietnam.

Mazlan menambah, siasatan lanjut mendapati kesemua kru terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan.

“Kesemua mereka ditahan termasuk bot beserta 250 kilogram (km) hasil tangkapan laut disita untuk tindakan lanjut dan kesemuanya dianggar berjumlah RM1.7 juta.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia boleh memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta bagi tekong dan RM600 ribu bagi setiap kru sekiranya disabit salah. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan